TDA Logo

GOCA PILIH MALAYSIA SEBAGAI TUAN RUMAH PERSIDANGAN GOCA APAC PADA 2017

01 Sep 2016

PUTRAJAYA, 26 Ogos 2016 – Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia hari ini telah menyempurnakan Pra Perlancaran persidangan GOCA Asia Pacific 2017 (GOCA APAC 2017) yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 26 – 29 Mac 2017.

Global Offset and Countertrade Association (GOCA) yang beribupejabat di Washington DC, Amerika, telah menganjurkan persidangan dwi-tahunan untuk negara-negara yang melaksanakan offset and countertrade di benua Amerika, Eropah dan Timur Tengah lebih dari 30 tahun. Buat julung kalinya, GOCA dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia dan Technology Depository Agency Berhad (TDA) menganjurkan persidangan ini di Malaysia pada tahun depan.

GOCA APAC 2017 dijangka akan dihadiri oleh 500 peserta dari sektor awam dan swasta dari negara-negara yang melaksanakan offset and countertrade. Di Malaysia ianya dikenali sebagai Program Kolaborasi Industri (Industrial Collaboration Program (ICP)).  Antara negara-negara yang dijangka akan menyertai GOCA APAC 2017 adalah terdiri dari negara-negara rantau Eropah, Asia Pasifik, Amerika, Asia Tengah, Afrika dan lain-lain.

Pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah bagi GOCA APAC 2017 merupakan satu penghargaan ke atas kejayaan Malaysia dalam melaksanakan ICP bagi perolehan pertahanan dan komersial. Semua agensi kerajaan diharap akan memberi sokongan kepada penganjuran persidangan berprestij ini.

Pada majlis yang sama, Memorandum Persefahaman (MoU) di antara TDA dan MSD Wellcome Trust Hilleman Laboratories (Hilleman Lab) dimeterai dengan disaksikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan. MoU ini adalah merupakan kolaborasi bagi membangunkan kebolehupayaan pengeluaran vaksin di Malaysia.  TDA diwakili Mejar Zailani Safari (B), Ketua Pegawai Eksekutif, manakala Hilleman Lab diwakili oleh Dr Gavinder Gill, Ketua Pegawai Eksekutif.

Author:webmaster 
webmaster
Share:
All rights reserved 2021 Technology Depository Agency Berhad. Web Design
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram