TDA Logo

Majlis Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat TDA

24 Sep 2021
No alternative text description for this image

Majlis Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat TDA yang telah berlangsung secara maya dan dihadiri oleh Pihak Pengurusan Tertinggi TDA dan seluruh warga kerja TDA.

Sambutan Bulan Kebangsaan TDA 2021 yang diraikan dengan begitu meriah namun dalam kesederhanaan, dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa kesyukuran dan dimeriahkan lagi dengan Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh seluruh warga kerja TDA yang dipimpin oleh saudari Amir Zahin.

Nilai perpaduan dan semangat patriotisme yang ditonjolkan oleh setiap warga kerja TDA terselah dengan penglibatan yang begitu memberangsangkan dalam setiap pertandingan dan aktiviti yang telah diatur sepanjang bulan kebangsaan.

Pihak TDA juga ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada rakan strategik TDA yang terdiri daripada kementerian dan juga agensi- agensi strategik di atas penglibatan dan juga sokongan terhadap aktiviti- aktiviti Sambutan Bulan Kebangsaan TDA

Antara pertandingan yang menggambit momen dan semangat patriotisme dalam acara sambutan bulan kebangsaan ini adalah pertandingan kior antara rumah kelab yang telah dipersembahkan dengan pelbagai cara serta kreativiti masing- masing. Rumah ‘Wind’ telah memenangi acara ini dengan menghasilkan satu ramakan video kior hasil daripada kerjasama dan semangat berpasukan di antara satu sama lain.

Bertemakan konsep ‘Malaysia Prihatin’ TDA sentiasa menyokong penuh inisiatif kerajaan dalam menangani cabaran ekonomi yang dihadapi oleh rakyat dan menjadi rakan kolaborasi strategik yang terbaik kepada kesemua pemegang taruh.

Author:Wan Nuraryna Syahira Mohd Marzuki 
Wan Nuraryna Syahira Mohd Marzuki
Share:
All rights reserved 2021 Technology Depository Agency Berhad. Web Design
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram