TDA Logo

Pertandingan Fotografi Bulan Kebangsaan 

Pertandingan Fotografi Bulan Kebangsaan 

Pertandingan ketiga adalah mempamerkan kehebatan fotografi anda! Tetapi hanya mengunakan kamera telefon bimbit sahaja ya. Ayuh sahut cabaran ini! 

HADIAH WANG TUNAI BERNILAI:

Tempat pertama – RM300.00 
Tempat kedua – RM250.00
Tempat ketiga – RM200.00
Saguhati x3 – RM50

Terma dan Syarat

1.       Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua warga kerja TDA dan rakan strategik TDA yang terdiri daripada Kementerian, Agensi di bawah Kementerian, Penyedia ICP dan Penerima ICP. 

2.       Tarikh akhir memuat naik gambar adalah pada 19/9/2021 (Ahad) jam 12.00 tengahari. 

3.       Pastikan akaun media sosial anda ditetapkan dalam ketetapan public

4.       Pengunaan kamera profesional seperti DSLR adalah sama sekali tidak dibenarkan. 

5.       Gambar tersebut mestilah tepat dengan tema Malaysia Prihatin, tidak ada unsur negatif dan tidak menyentuh atau menghina mana mana pihak, agama, dan bangsa yang boleh mencetuskan sebarang isu.

6.       Gambar mestilah idea asal peserta dan tidak dimuatnaik di mana-mana platform media sosial. 

7.       Menjadi ‘follower’ kepada akaun rasmi Instagram TDA @tdaberhad atau Facebook: TDA Berhad

8.       Kiriman Instagram atau Facebook hendaklah tag @tdaberhad, disertakan dengan hashtag #MalaysiaPrihatin, #SambutanMerdekaTDA2021 #GambarTDA2021

9.       Nama pemenang akan diumumkan pada Majlis Penutup, 24 September (Jumaat)

10.   Sebarang keputusan Panel Penilai adalah muktamad dan penyertaan yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan akan dibatalkan tanpa memberikan sebab dan peserta tidak berhak mendakwa TDA diatas apa apa keputusan. 
All rights reserved 2021 Technology Depository Agency Berhad. Web Design
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram