TDA Logo

Pertandingan Penulisan Esei bawah 18 tahun dan terbuka

Pertandingan Penulisan Esei bawah 18 tahun dan terbuka

Pertandingan yang bertemakan Malaysia Prihatin dan Tanah Airku ini juga terbuka kepada seluruh warga kerja TDA dan rakan strategik TDA yang terdiri daripada Kementerian, Agensi di bawah Kementerian, Penyedia ICP dan Penerima ICP. 


Selain itu, pertandingan ini juga terbuka kepada ahli keluarga yang menepati kategori bawah 18 tahun. 

HADIAH WANG TUNAI BERNILAI:

Kategori Warga kerja

Tempat pertama – RM250.00
Tempat kedua – RM230.00
Tempat ketiga – RM200.00
Saguhati x3 – RM50

Kategori Bawah 18 Tahun

Tempat pertama – RM200.00
Tempat kedua – RM180.00
Tempat ketiga – RM150.00
Saguhati x3 – RM50

Terma dan Syarat

1.       Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada dua kategori iaitu semua warga kerja TDA dan rakan strategik TDA yang terdiri daripada Kementerian, Agensi di bawah Kementerian, Penyedia ICP dan Penerima ICP dan ahli keluarga yang berusia 18 tahun kebawah.

2.       Tarikh akhir memuat naik esei adalah pada 19/9/2021 (Ahad) jam 12.00 tengahari. 

3.       Esei tersebut mestilah tepat dengan tema Malaysia Prihatin dan Tanah Airku, tidak ada unsur negatif dan tidak menyentuh atau menghina mana mana pihak, agama, dan bangsa yang boleh mencetuskan sebarang isu.

4.       Esei mestilah idea asal peserta dan tidak dimuatnaik di mana-mana platform media sosial, tidak kurang daripada 200 patah perkataan dan tidak melebihi 1000 patah perkataan.

5.       Peserta hendaklah menghantar jawapan esei kepada fatin@tda.my

6.       Nama pemenang akan diumumkan pada Majlis Penutup, 24 September (Jumaat)

7.       Sebarang keputusan Panel Penilai adalah muktamad dan penyertaan yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan akan dibatalkan tanpa memberikan sebab dan peserta tidak berhak mendakwa TDA diatas apa apa keputusan. 
All rights reserved 2021 Technology Depository Agency Berhad. Web Design
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram