Press Release: MAJLIS PERASMIAN BILIK BESTARI DIGITAL

05 Aug 2017

SABAK BERNAM, 22 Julai 2017 – Technology Depository Agency Berhad (TDA) memberi sumbangan untuk menaiktaraf Bilik Bestari Digital dan merasmikannya di Kolej Tingkatan Enam, Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam, Selangor pagi ini.  Inisiatif ini sejajar dengan matlamat TDA untuk merealisasikan transformasi sistem pendidikan di Malaysia dari segi teknologi yang secara keseluruhannya berkait rapat dengan Program Kolaborasi Industri (ICP).

 

Pelaksanaan ICP adalah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang diterajui oleh Kementerian Kewangan bagi mendokong pembangunan ekonomi negara dimana TDA selaku agensi penyelaras ICP yang telah diamanatkan bagi mengurus dan memantau segala aktiviti ICP yang tercetus dari perolehan mega kerajaan.  TDA juga bertanggungjawab memperkukuh struktur pengurusan antara kerajaan dan pihak swasta bagi memastikan pemindahan teknologi dapat dijayakan dengan sepenuhnya.

 

Matlamat TDA adalah melihat inisiatif-inisiatif yang dimeterai antara TDA dan badan-badan korporat dapat disalurkan melalui pemindahan teknologi kepada golongan yang memerlukan serta visi dan misi TDA dan kerajaan dapat diteruskan bagi manfaat negara dan rakyat.

 

“Sumbangan ini adalah yang pertama seumpamanya oleh TDA dan harapan TDA adalah untuk melihat pelajar-pelajar ini dapat mengguna pakai perkakasan ICT secara berhemah untuk tujuan pembelajaran serta dapat menyuntik semangat untuk menjadi lebih berjaya di masa akan datang,” kata Dato’ Zailani Safari, Ketua Pegawai Eksekutif TDA.

 

“Saya percaya, Bilik Bestari Digital ini memenuhi setiap teknologi yang diperlukan iaitu perkakasan ICT yang terkini untuk mengajar dan belajar. Dengan adanya perkakasan ini, saya percaya pelajar akan lebih berminat untuk belajar dan tenaga pengajar atau guru akan menjadi lebih bermotivasi untuk mengajar,” tambah Dato’ Zailani.

 

“Mustahaknya, seperti kata-kata ini “Give a Man a Fish, and You Feed Him for a Day. Teach a Man To Fish, and You Feed Him for a Lifetime”. Saya percaya dengan kata-kata ini kerana hanya dengan usaha kita boleh berjaya. InsyaAllah.” ujar Pengarah Kanan TDA, Encik Azman Omar yang membacakan ucapan perasmian bagi pihak Dato’ Zailani.

 

Sebanyak 120 tetamu, tenaga pengajar serta pelajar hadir untuk majlis perasmian yang amat bermakna ini. Majlis Perasmian ini turut memberi demonstrasi alatan ICT hasil sumbangan TDA kepada tetamu yang hadir. Setiap satu daripada tetamu membawa pulang beg cenderahati daripada TDA.

 

Turut hadir dalam majlis ini adalah Tuan Mohd Jaluli Hj Yahaya, Pengetua Kolej Tingkatan Enam, Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam dan Tuan Haji Mokhtar Manijo, Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam, Selangor.

 

# # #

Untuk maklumat lanjut mengenai Kenyataan Media ini, sila hubungi:

 

Nama                          Rofidah Azman

Tel                               +60122432010

Emel                            wanrofidah@tda.my

Laman sesawang       www.tda.my

 

Author:webmaster 
webmaster
Share:
All rights reserved 2021 Technology Depository Agency Berhad. Web Design
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram