Press Release: TDA, POLITEKNIK SUMBANG TENAGA PEKERJA SEKTOR REL

13 Sep 2017

KUCHING, 12 September 2107 - Technology Depository Agency (TDA) bersama-sama Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP), Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia telah menganjurkan National Railway Awareness Programme Zon Sarawak hari ini yang bertempat di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Jerip Susil, Menteri Muda Pengangkutan Sarawak disaksikan oleh En. Azman Omar, Pengarah Kanan, Industry Development & Advisory Division, TDA dan Dr. Mohammad Naim bin Yaakub, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

Semasa ucapan perasmian, Datuk Jerip Susil mengalu-alukan kerjasama semua pihak untuk menjayakan program ini bagi manfaat semua. Beliau berkata “Bagi pihak kerajaan negeri, kami gembira kerana program ini akan memberi banyak manfaat kepada pelajar-pelajar di Sarawak”.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan dan gambaran keseluruhan mengenai perkembangan dan jaminan pekerjaan dalam Industri Rel di Malaysia.  TDA merupakan agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia yang melaksanakan Program Kolaborasi Industri (ICP) bersama-sama dengan pemain industri seperti KTMB, Thales, CKM Landas, Asian Rail Academy dan lain-lain, menawarkan modul “Railway Rolling Stock and Signaling & Communication” untuk dilaksanakan di institusi pendidikan terpilih termasuk Politeknik mengikut piawaian dan keperluan pasaran semasa.

Menurut En. Azman Omar, Pengarah Kanan, Industry Development & Advisory Division, TDA, “Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya”, di mana pendedahan mengenai peluang pekerjaan dan keperluan majikan dalam Industri Rel perlu diberikan kepada pelajar.

“Seperti yang diumumkan, Kerajaan akan membelanjakan lebih dari RM150 bilion hingga tahun 2022 bagi tujuan membangunkan infrastruktur dan sistem rel di Malaysia. Politeknik dan semua institusi pendidikan seharusnya mengambil kesempatan atas peluang ini dengan memastikan modul rel dilaksanakan di institusi masing-masing,” tambah En Azman yang mewakili Dato’ Zailani Safari, Ketua Pegawai Eksekutif TDA.

Dato’ Dr. Mohd Ismail bin Abd Aziz, pula berkata program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai industri rel di Malaysia. Pendedahan ini juga dapat menjadi pemangkin ke arah sosio ekonomi serta penerapan kepentingan modal insan.

Pengisian National Railway Awareness Programme ini termasuk forum yang dianjurkan oleh TDA dan disertai oleh CKM Landas, Thales, Asian Rail Academy dan Keretapi Tanah Melayu Berhad. Forum tersebut membincangkan pembangunan industri rel secara umum termasuk sistem operasi rel dan teknologi industri ini di dalam dan di luar negara.

Turut hadir adalah pensyarah, guru dan pelajar daripada Empat Belas (14) institusi pengajian tinggi sekitar Kuching iaitu Akademi Binaan Malaysia Sarawak, IKM Kuching, ILP Kota Samarahan, Kolej Komuniti Kuching, Giat Mara Sarawak, Politeknik Mukah, UNIMAS, I-CATS, SWINBURNE, Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak, Kolej Vokasional Matang, Sekolah Men. Teknik Sejingkat, Sek. Keb. Temenggong dan Sek. Keb. Matang Jaya.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Kenyataan Media ini, sila hubungi:

 

Nama                            Rofidah Azman

Tel                                +60122432010

Emel                             wanrofidah@tda.my

Laman sesawang:           www.tda.my

Author:webmaster 
webmaster
Share:
All rights reserved 2021 Technology Depository Agency Berhad. Web Design
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram