TDA Logo

Press Release: UMT, TDA LANCAR ICoE KLUSTER MARITIM

16 Oct 2017

Akademia dan Industri Perkasa Industri Maritim dan Kebolehpasaran Graduan 

KUALA TERENGGANU, 12 Oktober 2017 - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Technology Depository Agency (TDA) telah menganjurkan Majlis Penghargaan Rakan Industri UMT dan Pelancaran Industry Centre of Excellence (ICoE) Kluster Maritim pada  hari ini yang bertempat di Dewan Baiduri 2, TH Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Noor Azizi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang mewakili Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) disaksikan oleh Prof. Dato’ Dr Nor Aieni Haji Mokhtar, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Objektif utama program ini adalah untuk menghargai sumbangan dan sokongan rakan industri UMT serta memperkukuh jaringan dan perkongsian pintar antara semua pihak.  Turut berlangsung adalah Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) di antara UMT dan tiga organisasi iaitu Technology Depository Agency (TDA), Destini Berhad dan Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd. Selain itu, majlis juga diserikan dengan Majlis Menandatangani Letter of Intent (LOI) di antara UMT dengan TBM Eco Holding Sdn. Bhd.

ICoE merupakan inisiatif daripada Bahagian Hubungan Industri, Kementerian Pendidikan Tinggi  (KPT) untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan di kalangan pelajar di universiti awam, universiti swasta, kolej komuniti dan politeknik. Menerusi ICoE, program latihan industri yang berstruktur serta pensijilan profesional dapat diberikan kepada pelajar sebagai salah satu nilai tambah untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan mengikut kehendak dan keperluan industri. KPT mendokong dasar Malaysia Shipping Master Plan (2017-2020) bagi menyediakan sumber tenaga kerja yang mencukup untuk pembangunan industri perkapalan dan sektor maritim menerusi penubuhan IcoE Kluster Maritim”, ujar Prof. Dr. Noor Aziz Ismail, yang mewakili KSU Pendidikan Tinggi, semasa merasmikan ICoE Kluster Maritim.

UMT sebagai universiti berfokus marin dan sumber akuatik amat bertuah kerana terpilih sebagai Universiti Peneraju, ICoE Kluster Maritim. Ini adalah satu pengiktirafan yang tinggi terhadap kepakaran dan kemampuan UMT untuk meneraju bidang Maritim. Menerusi program pengajian yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan dan Pusat Pengajian Pengurusan dan Perniagaan Maritim, UMT menawarkan program pengajian dan fasiliti pembelajaran yang terkini dalam bidang maritim meliputi aspek kejuruteraan, pelayaran, pengurusan kapal dan lain-lain. Pengiktirafan ini akan melonjak peranan UMT sebagai pusat kecemerlangan industri dalam bidang maritim, ” ujar Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar, Naib Canselor UMT.

Sementara itu Dato’ Zailani Safari, Ketua Pegawai Eksekutif TDA berkata industri maritim di Malaysia akan membangun dengan lebih pesat sekiranya program-program ICoE berjaya dilaksanakan melalui platfom Industrial Colaboration Programme (ICP).  Diantara projek yang dicadangkan adalah perisian multigene presagis creator bagi pembangunan pelabuhan baru dan pembesaran pelabuhan sedia ada, penambahbaikan full mission ship simulator dan pembangunan latihan berstruktur bagi jurutera profesional di bidang maritim.

“Industri maritim bergantung kepada bekalan tenaga maritim yang berkelayakan namun industri ini kekurangan pelaut tempatan.  Mengikut statistic Jabatan Laut, pada masa ini terdapat 5,000 pelaut tempatan berbanding 6,000 pelaut asing yang bekerja di atas kapal berdaftar di Malaysia.  Saya yakin kerjasama KPT, UMT dan TDA dengan sokongan pelbagai pihak lain, dapat menarik minat generasi muda menceburkan diri dalam bidang maritim sebagai cabang kerja yang menjanjikan kepuasan dan pulangan lumayan,” jelas Dato’ Zailani.

Bersempena dengan majlis tersebut, turut diadakan forum bertajuk “Revolusi Industri 4.0: Sinergi Akademia-Industri Dalam Memperkasa Industri Maritim dan Kebolehpasaran Graduan” dimana ahli panel terdiri daripada Prof. Madya Dr. Arham Abdullah, Pengarah Bahagian Hubungan Industri, KPT, Dato’ Zailani Safari, Ketua Pegawai Eksekutif TDA dan En Nazeri Khalid, Setiausaha Kehormat Association of Marine Industries of Malaysia (AMIM).

Turut hadir adalah ketua-ketua jabatan dan agensi, wakil industri, pensyarah dan pelajar IPTA dan IPTS sekitar Kuala Terengganu.

###

Mengenai TECHNOLOGY DEPOSITORY AGENCY BERHAD (TDA)

Technology Depository Agency (TDA) ditubuhkan pada tahun 2015 di bawah Kementerian Kewangan Malaysia untuk memantau Program Kerjasama Industri (Industrial Collaboration Programme - ICP) di Malaysia. Fungsi utama TDA adalah untuk mengurus, mentadbir, dan memantau pelaksanaan ICP untuk terus memajukan industri tempatan dan keupayaan teknologi negara yang memanfaatkan pemerolehan strategic kerajaan. Sebagai agensi penyelaras ICP, TDA mewujudkan platform kerjasama dengan rakan industri untuk memaksimumkan potensi ICP sejajar dengan agenda pembangunan negara yang memfokuskan kepada sektor yang dikenal pasti. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati www.tda.my

Mengenai UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) telah dinaiktaraf berstatus universiti pada 1 Februari 2007. UMT terletak di Daerah Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman. Visi UMT, Universiti Berfokus Marin Terunggul Dalam Negara dan Disegai Di peringkat Global. Misi UMT ialah Menjana Ilmu Untuk Kesejahteraan Masyarakat dan Kelestarian Alam. Moto UMT, Terokaan Seluas Lautan Demi Kesejahteraan Sejagat. UMT mempunyai Pusat Pengajian di Universiti Malaysia Terengganu terdiri daripada 9 Pusat, iaitu;

  • Pusat Pengajian Sains Asas (PPSA)
  • Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur (PPSPA)
  • Pusat Pengajian Informatik dan Mathematik Gunaan (PPIMG)\
  • Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran (PPSMS)
  • Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPSTM)
  • Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim (PPPPM)
  • Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK)
  • Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi (PPPSE)\
  • Pusat Pendidikan Asas dan Liberal (PPAL)

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati: www.umt.edu.my

Untuk maklumat lanjut mengenai Kenyataan Media ini, sila hubungi:

Nama                            Rofidah Azman

Tel                                +60122432010

Emel                             wanrofidah@tda.my

Laman sesawang:           www.tda.my

Atau

Nama                            Wan Mohd Wazir Wan Abd Wahab

Tel                                019-9362935

Faks                             09-6684390

Emel                             wmdwazir@umt.edu.my

Laman sesawang             www.umt.edu.my

Author:webmaster 
webmaster
Share:
All rights reserved 2021 Technology Depository Agency Berhad. Web Design
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram