π±ππππ, πΆπππ ππππ – π³ππππππ ππ π¬ππππ πͺπ»πΏ πΊπ π. π©ππ . π ππ π΄ππππ πΊπππππ π¨πππ πππ (π΄πΊπ¨) πΌπ»π―π΄.
Delegasi daripada TDA-IAD telah mengadakan lawatan ke Emtex CTX Sdn. Bhd. dan Metro System Academy (MSA) UTHM. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau keupayaan syarikat serta mengadakan perbincangan terperinci berkenaan cadangan projek yang dibentangkan.
Emtex CTX merupakan syarikat spin-off daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang mengkhusus dalam penyediaan perkhidmatan kepada sektor awam, kerajaan dan swasta. Kepakaran syarikat ini merangkumi pembekalan dan pemasangan peralatan ujian industri Elektromagnetik (EM), Frekuensi Radio (RF), serta pengukuran Keserasian Elektromagnetik (EMC) khusus untuk industri rel. Emtex CTX turut terlibat dalam beberapa projek di Malaysia, termasuk perkhidmatan perundingan dan ujian bagi sistem isyarat serta komunikasi rel.
Dalam perbincangan mendalam mengenai cadangan projek mereka, pasukan TDA-IAD telah mengenal pasti beberapa bidang utama untuk potensi kerjasama, antaranya: memaksimumkan kandungan tempatan melalui sokongan perkhidmatan perundingan tempatan, pembangunan modal insan melalui pelaksanaan program kursus pendek bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja, serta penambahbaikan fasiliti ujian rel sedia ada bagi menyokong ujian rel yang lebih maju.
Engagement ini memberikan TDA pandangan berharga mengenai potensi Emtex CTX dan telah mengenal pasti peluang kerjasama yang saling menguntungkan.