Penerangan
Penolong Pengurus bertanggungjawab ke atas keseluruhan pelaksanaan dan pengurusan projek yang berkaitan dengan program dan pelaksanaan projek.
Skop Tanggungjawab
- Menyediakan pelan projek, menjadualkan dan memastikan kemajuan projek memenuhi piawaian, kualiti dan masa yang ditetapkan;
- Memastikan semua pelan pelaksanaan projek, aktiviti dan hasil kerja adalah selaras dengan Rangka Kerja Pengurusan ICP Malaysia;
- Mengenal pasti risiko projek dan pelan mitigasi;
- Berhubung rapat dengan pelanggan bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar sepanjang tempoh masa;
- Menyediakan laporan untuk pelbagai penilaian dan lawatan tapak untuk pihak pengurusan;
- Memperuntukkan, memilih dan mengurus pasukan projek;
- Mendelegasikan tugasan projek berdasarkan kekuatan dan skop kakitangan;
- Mengekalkan hubungan baik dengan pihak berkepentingan;
- Sebarang tugasan lain yang diberikan oleh pihak atasan demi kepentingan TDA.
Keperluan
Kelayakan
- Ijazah/Sarjana diutamakan dalam bidang Kejuruteraan.
Pengalaman Kerja
- Minimum 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan;
- Minimum 3 tahun pengalaman dalam berurusan dengan syarikat tempatan dan antarabangsa;
- Pendedahan kepada Pengurusan Projek akan menjadi satu kelebihan tambahan.
Kemahiran/Kecekapan
- Mesti mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang sangat baik (bertutur dan menulis);
- Mempunyai kemahiran pembentangan, kemahiran rundingan dan kemahiran pengendalian jangkaan pelanggan yang baik;
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan mampu menjalin hubungan baik dengan pelanggan;
- Berfokuskan hasil yang tinggi dengan kemahiran analitikal dan penyelesaian masalah secara langsung;
- Mahir dalam aplikasi perisian Pengurusan Projek akan menjadi satu kelebihan tambahan.
